Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Tuesday, July 19, 2011

Bismillah, 

Anak-anak..
Telah lama umi tidak mengisi ruangan ini. Ternyata umi hanyalah insan yang lemah. Umi sangat ingin untuk menemani kalian sentiasa namun semua itu bagaikan terbahagi-bahagi menjadikan umi memilih untuk menulis di blog utama umi sahaja. 

Permulaannya, umi ingin mengajak kalian melihat cerita Alqamah ini :



Setelah umi baca, umi dapati kisah ini hanyalah satu kisah yang lemah berdasarkan mereka yang meriwayatkan kisah ini terdiri daripada orang yang tidak tsiqah. Walaubagaimanapun, ingin umi nyatakan di sini bahawa mentaati ibubapa kalian adalah perkara yang wajib dilakukan. Tidaklah umi mendabik dada mahu anak-anak umi mentaati umi. Kami sekadar mahu kalian anak-anak menjadi seorang yang soleh. 

Firman Allah Ta’ala,
وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia.” (QS. al-Isra’: 23).
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال جاء رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال جئت أبايعك على الهجرة وتركت أبوي يبكيان فقال ارجع إليهما فأضحكهما كما أبكيتهما
Dari Abdullah bin Amr berkata, “Ada seseorang yang datang kepada Rasulullah seraya berkata, ‘Saya datang demi berbaiat kepadamu untuk berhijrah, namun saya meninggalkan kedua orang tuaku menangis.’ Maka, Rasulullah bersabda, ‘Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau membuat keduanya menangis.’” (HR. Abu Dawud dengan sanad shahih, lihat Shahih Targhib, 2481).
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال كان تحتي امرأة أحبها وكان عمر يكرهها فقال لي طلقها فأبيت فأتى عمر رسول الله صلى الله عليه وسلم فذكر ذلك له فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم طلقها
Dari Abdullah bin Umar berkata, “Saya mempunyai seorang istri yang saya cintai, namun Umar membencinya, dan dia mengatakan kepadaku, ‘Ceraikan dia.’ Sayapun enggan untuk menceraikannya. Maka, Umar datang kepada Rasulullah lalu menyebutkan kejadian itu, maka Rasulullah berkata kepadaku, ‘Ceraikanlah dia.’” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan beliau menshahikannya. Berkata Tirmidzi, “Hadits ini hasan shahih.”).
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال الكبائر الإشراك بالله وعقوق الوالدين وقتل النفس واليمين الغموس
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, dari Rasulullah bersabda, “Dosa-dosa besar adalah berbuat syirik kepada Allah, durhaka kepada kedua orang tua, membunuh jiwa serta sumpah palsu.” (HR. Bukhari).

Games Pendidikan Anakku Sayang

Thursday, January 27, 2011

Assalamualaikum anak-anak, 

Nampaknya cuti panjang lagi kali ini? Jadi apa aktiviti kalian untuk cuti ini??

Anak-anak minat untuk bermain game? Waaahh..pasti ramai yang minat untuk bermain game tapi awas anak-anak. Tidak semua game sesuai untuk kalian. Game online yang terdapat di laman-laman web yang tidak dikenalpasti tahap keselamatannya barangkali mengandungi isi kandungan yang tidak sesuai untuk anak-anak. 

Pernah dengar virus dari internet? Ya...jika kita salah memilih game, barangkali kita akan menjemput masuk virus itu dan hasilnya komputer atau laptop yang adik-adik gunakan boleh rosak. Jadi, apakah alternatifnya??



Sneak Peak Games Mewarna AnakkuSayang (lebih 50 gambar untuk diwarnakan) :
games pendidikan   anakgames pendidikan   anakgames pendidikan   anak

Sneak Peak Games Alphabet AnakkuSayang (lebih 50 perkataan mudah untuk dimainkan) :
games pendidikan   anakgames pendidikan   anakgames pendidikan   anak



Assalamualaikum!

Wednesday, January 26, 2011

Assalamualaikum anak-anak umi!

Semoga anak-anak umi semua berada dalam keadaan sihat dan tenang. Bagaimana dengan persekolahan anak-anak? Semoga semuanya berjalan lancar.

Ye.. laman baru ini umi nukilkan buat anak-anak umi kerana umi telah bosan dengan laman-laman yang tidak memberi pendidikan Islami.

Kalian adalah anak yang soleh, oleh itu kalian patut mencari ilmu yang bermanfaat buat diri dan sebarkan ke seluruh alam supaya yang benar tetap benar dan tidak kalah pada yang salah.

Baiklah, insya ALLAH umi akan cuba mendidik satu demi satu berkenaan indahnya hidup dalam Islam selepas ini. Semoga semua anak-anak umi gembira bersama keluarga masing-masing!

Umi tinggalkan kalian dengan pesanan dari nasyid di bawah :)

ALLAH Dimana Umi??

Bismillah, 

Wah..bijak sekali anak-anak umi kerana bertanya. 
Itu menunjukkan kesolehan anak-anak kerana rasa cintanya anak-anak itu sehingga anak-anak teringin sekali melihat ALLAH. Usah bimbang wahai anak-anak kerana ALLAH sentiasa akan memerhati kita!

Dia melihat kita makan, Dia melihat kita solat,
Dia melihat kita tidur...
Dan
Dia tahu apa yang ada dihati anak-anak, 
Apa yang ada dihati ibubapa kalian
ALLAH Mengetahuinya tanpa kita perlu memberitahu. 


Oleh itu anak-anak, sentiasalah ingat kepada ALLAH 
nescaya kita akan lebih dekat denganNya :)